Walaupun tiada kajian terperinci dan jurnal perubatan tentang Alfalfa membanyakkan susu ibu, namun ia telah digunakan sejak berzaman di benua Amerika dan Eropah sebagai galactogogue dan juga sebagai herba yang sangat berguna dalam perubatan tradisi.
Alfalfa biasanya dimakan dalam bentuk cambah (sprout) dan daunnya.
Alfalfa Complex Shaklee diperbuat dari daun Alfalfa yang ditanam secara organik.
Antara lain, faedah dan kebaikan Alfalfa Complex Shaklee...
- Menyeimbangkan Hormon - Alfalfa mengandungi bahan-bahan seperti isoflavon dan coumestans, yang mengikat reseptor estrogen dalam badan. Bila tahap estrogen rendah, Alfalfa yang menyerupai estrogen 'menyamar' sebagai estrogen dan meningkatkan aktiviti estrogenik. Bila tahap estrogen dalam badan terlalu tinggi, estrogen dalam Alfalfa bergabung dengan reseptor tadi, menafikan ruang untuk estrogen asal, sekaligus mengurangkan aktiviti estrogenik.
- Merendahkan Kolestrol - Alfalfa mengandungi saponin yang menyerap kolestrol dan mengelakkan ia daripada diserap oleh tubuh.
- Masalah Penghadaman - Alfalfa telah digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk mengatasi masalah penghadaman.
Siti Nurhidayah Salam [Hidayah]



0 comments:
Post a Comment