Salam ceria semua..!! Hari ni kita share lagi pasal ekzema ok..!!
Apa itu Ekzema?
Ekzema merupakan penyakit kulit yang biasa dialami dikalangan bayi, namun begitu orang dewasa juga tidak terkecuali.
Penyakit ekzema biasa berlaku dikalangan kanak-kanak berumur antara 2-6 bulan. Salah satu jenis ekzema ialah Atopic Dermatitis.
Atopic adalah satu masalah yang akan menyebabkan daya tahan mekanisma pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetus simptom "oversensitivity".
Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit ekzema berkekalan sehingga dewasa.
Walaupun penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit komplikasi yang sering menyebabkan keredahan dan ketidakselesaan pada pesakit.
Gejala-gejala Ekzema
1. Acute Eczema
- Erythema - kulit berasa panas, bergelojak dan gatal, keradangan
- Papules - pembentukan tompok-tompok merah
2. Ekzema Kronik
- Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
- Kulit menebal kasar dan berkedut
Punca-punca Ekzema
Sehingga kini punca sebenar penyakit ini masih belum dikenalpasti sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetus Ekzema seperti berikut:
1. Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
- Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit ekzema, asma dan alergi.
- Perubahan emosi ketara atau stress.
- Pemakanan atau minuman seperti alkohol, produk tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet
- dan pewarna makanan.
2. Faktor- faktor Luaran (Persekitaran)
- Bahan-bahan iritasi: asap rokok, bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau sebaliknya.
- Alahan (Allergens): sabun, syampo, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan, hama dan habuk rumah.
Apakah petua menjaga kulit ini?
- Hadkan penggunaan - Sebaik-baiknya elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih, detergen, losen lepas mencukur, sabun, gasolin dan turpentin. Produk ini cenderung menyebabkan iritasi kulit.
- Pakai sarung tangan - Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.
- Kain kapas atau kombinasinya - Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.
- Sewaktu mandi - Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas. Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya rendam selama 15 - 20 minit. Kemudian gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Sebaik sahaja selesai mencukur, sapukan pelembap pada kulit anda, ini dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit.
- Losen - Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Sesetengah pelembap berbentuk krim sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen anti keradangan yang sesuai dengan kesan pelembap dan boleh memanfaatkan kulit ekzema. Amalkannya setiap hari.
- Menggaru - Elakkan daripada menggaru kawasan terdedah biarpun gatal. Menggaru boleh menyebabkab kulit merekah. Sebaliknya gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut. Ibu Bapa boleh memakaikan sarung tangan pada bayi mereka bagi mengelakkan si kecil daripada menggaru.
- Berpeluh - Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yang boleh membuatkan andan berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.
- Tekanan - Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.
- Penjagaan khas - Bahagian yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan. Jadi, teruskan tip-tip ini biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.
Rawatan alternatif adalah perlu selain pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi steroid yang banyak. Di Shaklee terdapat set vitamin yang mampu mengawal keradangan ekzema.
Info lanjut dan order, boleh hubungi saya:
Siti Nurhidayah Salam [Hidayah]
Shaklee ID: 883545
SMS|WhatsApp: 0197456954
Emel: umie.imans@gmail.com
PM Facebook: Siti Nurhidayah




0 comments:
Post a Comment