Petua Menjaga Ekzema

Salam ceria semua..!! Hari ni kita share lagi pasal ekzema ok..!!

Apa itu Ekzema?

Ekzema merupakan penyakit kulit yang biasa dialami dikalangan bayi, namun begitu orang dewasa juga tidak terkecuali.

Penyakit ekzema biasa berlaku dikalangan kanak-kanak berumur antara 2-6 bulan. Salah satu jenis ekzema ialah Atopic Dermatitis.

Atopic adalah satu masalah yang akan menyebabkan daya tahan mekanisma pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetus simptom "oversensitivity".


Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit ekzema berkekalan sehingga dewasa.

Walaupun penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit komplikasi yang sering menyebabkan keredahan dan ketidakselesaan pada pesakit.

Gejala-gejala Ekzema

1. Acute Eczema
  • Erythema - kulit berasa panas, bergelojak dan gatal, keradangan
  • Papules - pembentukan tompok-tompok merah
2. Ekzema Kronik
  • Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
  • Kulit menebal kasar dan berkedut

Punca-punca Ekzema

Sehingga kini punca sebenar penyakit ini masih belum dikenalpasti sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetus Ekzema seperti berikut:

1. Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit ekzema, asma dan alergi.
  • Perubahan emosi ketara atau stress.
  • Pemakanan atau minuman seperti alkohol, produk tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet 
  • dan pewarna makanan.
2. Faktor- faktor Luaran (Persekitaran)
  • Bahan-bahan iritasi: asap rokok, bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau sebaliknya.
  • Alahan (Allergens): sabun, syampo, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan, hama dan habuk rumah.

Apakah petua menjaga kulit ini?
  • Hadkan penggunaan -  Sebaik-baiknya elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih, detergen, losen lepas mencukur, sabun, gasolin dan turpentin. Produk ini cenderung menyebabkan iritasi kulit.
  • Pakai sarung tangan - Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.
  • Kain kapas atau kombinasinya - Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.
  • Sewaktu mandi - Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas. Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya rendam selama 15 - 20 minit. Kemudian gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Sebaik sahaja selesai mencukur, sapukan pelembap pada kulit anda, ini dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit.
  • Losen - Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Sesetengah pelembap berbentuk krim sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen anti keradangan yang sesuai dengan kesan pelembap dan boleh memanfaatkan kulit ekzema. Amalkannya setiap hari.
  • Menggaru - Elakkan daripada menggaru kawasan terdedah biarpun gatal. Menggaru boleh menyebabkab kulit merekah. Sebaliknya gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut. Ibu Bapa boleh memakaikan sarung tangan pada bayi mereka bagi mengelakkan si kecil daripada menggaru.
  • Berpeluh - Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yang boleh membuatkan andan berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.
  • Tekanan - Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.
  • Penjagaan khas - Bahagian yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan. Jadi, teruskan tip-tip ini biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.

Rawatan alternatif adalah perlu selain pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi steroid yang banyak. Di Shaklee terdapat set vitamin yang mampu mengawal keradangan ekzema.

Info lanjut dan order, boleh hubungi saya:

Siti Nurhidayah Salam [Hidayah]
Shaklee ID: 883545
SMS|WhatsApp: 0197456954
Emel: umie.imans@gmail.com
PM Facebook: Siti Nurhidayah
Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya layak mendapat konsultasi khas secara percuma.

Pertanyaan Lanjut:

Siti Nurhidayah binti Salam
Shaklee ID: 883545
Facebook : Siti Nurhidayah
Email : umie.imans@gmail.com
SMS/WhatsApp: +6019 745 6954
Blog : Umie Iman Shoppe

Merawat Ekzema / Sakit Kulit dengan Shaklee

Ekzema? Hanya yang pernah alaminya sahaja tahu bagaimana sakitnya. Sudah mencuba berbagai-bagai produk dan tidak berhasil? Jangan susah hati, Shaklee juga ada pelbagai vitamin yang mampu atasi masalah you alls... In Shaa Allah...


Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemereahan dan bersisik Penyakit ini ada kaitan dengan tindak balas hipersentif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

Ekzema ini selalu terjadi di kalangan bayi dan kanak-kanak. Kulit akan menjadi gatal dan melepuh, berair dan jika digaru terlalu kuat boleh berdarah. Punca Ekzema ini dari kecacatan struktur dan imun yang ada pada gen, yang akan menjejaskan sistem pertahanan kulit. Biasanya kawasan yang mudah terkena ekzema dalah muka, siku dan lutut. Oleh kerana benteng pertahanan kulit amat sedikit, memudahkan bahan perengsa dan alergen menembusi benteng kulit dan menyebabkab ekzema.


Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Cara merawat ekzema / sakit kulit dengan Shaklee mengikut peringkat umur.

Bayi berumur kurang 1 tahun
  • Ibu yang menyusukan anak yang mengalami masalah ekzema boleh ambil ESP & Omega Guard. Selain bagus untuk ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
  • Jika bayi mengalami ekzema kering, boleh sapukan Herbal Blend Cream untuk mengurangkan rasa gatal dan pedih.
  • Vitamin E juga boleh disapu pada tempat yang luka.

Kanak-Kanak 1 tahun ke atas
  • Omega Guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih 1 tahun untuk kawal dan rawat masalah ekzema.
  • Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel - mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan.
  • Mealshake yang kaya dengan multivitamin juga boleh diberikan untuk memperbaiki kulit yang rosak dan berparut.
  • Herbal Blend Cream atau Vitamin E boleh digunakan untuk merawat luka & memudarkan parut ekzema.

Remaja & Dewasa
  • Amalkan ESP dan fungsinya adalah membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila ekzema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik.
  • Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat ekzema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Yang bagusnya Vitamin E Shaklee ini mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur inilah yang membuatkan kesan pemulihan kulit-kulit yang rosak itu berlaku lebih cepat. Vitamin E ini juga mengelakkan luka dari terkena jangkitan bakteria. Jadi tak perlu risau apa-apa, dia ala-ala ubat sapu kat luka. Dia memang formulated untuk memperbaiki sel kulit supaya luka semuh dan juga meningkatkan imun sistem yang bertindak melawan ekzema.
  • Omega Guard ini adalah untuk memastikan kulit kekal lembap. Sepertimana yang kita tahu, penhidap ekzema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Kulit tak boleh kering, kerana ia akan menyebabkan rasa gatal dan penghidap akan mula menggaru. Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel - mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.
  • ESP & Omega Guard ini diperlukan bagi mengelakkan ekzema itu terus merebak dan menjangkiti tempat-tempat lain yang belum dijangkiti. Kedua-dua produk ini merawat kulit dari dalam
  • Herbal Belnd ini fungsinya adalah untuk melegakan gatal dan pedih-pedih akibat luka ekzema. Bila pakai disapu dengan Herbal Blend, kulit akan rasa sejuk, jadi gatal dan pedih akan beransur hilang
  • Boleh juga diambil Mealshake yang kaya dengan multivitamin untuk merawat kulit yang rosak.
  • Pengambilan Alfalfa boleh diamalkan. Ia bertindak menguatkan sistem dalaman badan dengan menyahkan toksin.

Perlu ambil semua ke?

Tak perlu. Saya akan cadangkan produk yang sesuai mengikut tahap ekzema yang dihidapi. 


Info lanjut dan order, boleh hubungi saya;

Siti Nurhidayah Salam [Hidayah]
Shaklee ID: 883545
SMS|WhatsApp: 0197456954
Emel: umie.imans@gmail.com
PM Facebook: Siti Nurhidayah
Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya layak mendapat konsultasi khas secara percuma.

Pertanyaan Lanjut:

Siti Nurhidayah binti Salam
Shaklee ID: 883545
Facebook : Siti Nurhidayah
Email : umie.imans@gmail.com
SMS/WhatsApp: +6019 745 6954
Blog : Umie Iman Shoppe

Ekzema & Kanak-Kanak

Apa itu Ekzema?



Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebh teruk.

Apa yang menyebabkan Ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Radang Ekzema boleh berlaku jika ada iritasi yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan bayi anda.

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Apakah rawatan untuk Ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleg itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu diprekripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

Adakah pengguanaan steroid membahayakan anak saya?

Doktot selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali utnuk bayi dan kanak-kanak kecil. Walaubagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama iaalh membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan.

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secata minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emolien yang banyaj tak menjadi masalah.

Apakah rawatan lain yang ada?

Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kerig dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emolien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.

Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi. Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melaui mulut.

Bolehkan saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?

Inilah apa yang kami tahu:
  • Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melinfungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara eksklusif selama enam bulan.
  • Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untk bercakap dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.
  • Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.
  • Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.

Adakah apa-apa lain yang boleh saya lakukan?

Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba:
  • Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.
  • Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa menggugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10% kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.
  • Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk mencuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan menvakum tilam seminggu sekali. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.
  • Pakain jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.
  • Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. Baca lagi tentang bagaimana memastikan bayi anda nyaman salam cuaca hangat.
  • Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.
Gambar: Master Iffah
Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya layak mendapat konsultasi khas secara percuma.

Pertanyaan Lanjut:

Siti Nurhidayah binti Salam
Shaklee ID: 883545
Facebook : Siti Nurhidayah
Email : umie.imans@gmail.com
SMS/WhatsApp: +6019 745 6954
Blog : Umie Iman Shoppe

Banyaknya Kebaikan Zinc Shaklee

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk berkongsi ilmu tentang produk Shaklee. Hari ini saya nak share tentang kebaikan Zinc Shaklee.

Apakah Zinc?

Zinc adalah mineral penting yang terdapat pada hampir setiap sel. Zinc juga berguna untuk pertumbuhan tubuh yang normal dan perkembangan manusia mulai dari masa kehamilan, anak-anak dan dewasa.

Zinc juga merupakan vitamin yg diperlukan dalam aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim. Ia memainkan peranan penting dalam sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.

Zinc boleh juga kita perolehi dari sumber makanan ini:
  • Hati
  • Daging
  • Ayam/Itik
  • Makanan laut seperti kerang, tiram & seangkatannya
  • Kekacang (OffalsNuts)
  • Bijirin

Kelebihan Zinc
  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan, Anda ada masalah kulit muka? Jom tambah Zinc dalam diet harian.
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zinc dalam badan. Zinc memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
  • Jerawat: Mineral ini adalah penting untuk memadan jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Disamping itu, zinc juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat. 
  • Penyembuhan Luka: Kekurangan zinc menyebabkan penyembuhan luka menjadi lambat. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sistesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka. Luka semasa bersalin lambat sembuh? Jom tambah zinc dalam diet harian anda.
  • Gangguan Prostat: Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser. Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zinc setiap hari, di bawah pemerhatian rapi pakar perubatan.
  • Hilangkan Berat Badan: Zinc memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara dikalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  • Fungsi Biologi: Zinc memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stress, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • Jangkitan: Zinc membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zinc membantu dalam melindungi daripada ganngguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan: Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sinteisi protein, fungsi enzim dan metabolisma karbohidrat.
  • Aturan Enzim: Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkipsi gen, metabolisma tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zinc.
  • Kanser: Bagi lelaki, zinc memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah deperti kanser.
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan kerana ia kaya dengan zinc. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zinc.
  • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang menghidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zinc. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zinc, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zinc akan membantu mencegah keguguran rambut. 
  • Kehilangan Tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zinc perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  • Buta Malam: Pengambilan kira0kira 150-450mg zinc akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan  seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zinc dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Berapa banyak zinc yang diperlukan? Sila rujuk di bawah.

Berminat nak cuba Suplement zinc dari jenama Shaklee?


Nutrition Fact: Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan oh ya Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan.

Info lanjut dan order, boleh hubungi saya;

Siti Nurhidayah Salam [Hidayah]
Shaklee ID: 883545
SMS|WhatsApp: 0197456954
Emel: umie.imans@gmail.com
PM Facebook: Siti Nurhidayah
Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya layak mendapat konsultasi khas secara percuma.

Pertanyaan Lanjut:

Siti Nurhidayah binti Salam
Shaklee ID: 883545
Facebook : Siti Nurhidayah
Email : umie.imans@gmail.com
SMS/WhatsApp: +6019 745 6954
Blog : Umie Iman Shoppe

Shaklee GLA Complex

Kebanyakan GLA (gamma linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primerose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage flower yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali ganda lebih dari segi biovailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage flower yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, Canada.

Borage Flower

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Biovailabiliti dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

Manfaat Utama:
  • Herbal tradisi yang dipercayai: Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron: GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi ari dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopaus: Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot-flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  • Membaiki prostatomegaly: GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  • Menentang kanser: GLA adalah anti-oksidan yang menigkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Memperbaiki inflamasi kulit: Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea dan kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan arthiritis.
  • Menghalang komplikasi diabetis: Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetis semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  • Pelangsingan dan menghalang pertambahan berat badan: Merendahkan kolestrol LDL, menghalang menambah berat badan secara berkesan, memberi tone pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan.
  • Menghalang tekanan darah tinggi: Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocadial infarction.
  • Memperbaiki tekstur rambut: Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.
  • Hiperaktif dan Autisma (ADD/ADHD): Dibuktikan secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.
GLA Compelx Shaklee
Ramai antara kita yang salah anggap bahawa GLA hanya untuk wanita. Sebenarnya supplement GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperolehi daripada makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga selepas menopaus dan andrapause (menopaus lelaki).

Info lanjut dan order, boleh hubungi saya;

Siti Nurhidayah Salam [Hidayah]
Shaklee ID: 883545
SMS|WhatsApp: 0197456954
Emel: umie.imans@gmail.com
PM Facebook: Siti Nurhidayah
Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya layak mendapat konsultasi khas secara percuma.

Pertanyaan Lanjut:

Siti Nurhidayah binti Salam
Shaklee ID: 883545
Facebook : Siti Nurhidayah
Email : umie.imans@gmail.com
SMS/WhatsApp: +6019 745 6954
Blog : Umie Iman Shoppe

Apakah Radikal Bebas?

Apa itu Radikal Bebas?

Radikal Bebas (Free Radicals) adalah molekul yang tidak stabil akibat kehilangan satu elektron. Oleh tiu, radikal bebas ini cenderung menyerang molekul berhampiran untuk mendapatkan elektron dan menggantikan elektron yang telah hilang sebelum ini. Satu radikal bebas mampu memusnahkan berjuta-juta molekul melalui tindak balas berantai (radical propagation). Kandungan radikal bebas yang berlebihan berbanding antioksidan dalam badan akan mengakibatkan keadaan dipanggil Oxidative Stress.


Bagaimana Radikal Bebas terjadi?

Sebenarnya banyak punca rasikal bebas di sekeliling kita dan dari tubuh badan kita sendiri. Sinaran UV, rokok, asap roko, radiasi, dan pencemaran antara punca terjadinya radikal bebas. Di dalam badan kita, radikal bebas terjadi bersama-sama dengan proses metabolisma dan pernafasan.


Adakah Radikal Bebas ini Merbahaya?

Proses pengoksidaan yang tidak terkawal akan mengakibatkan kerosakan sel, tisu dan seterusnya otot, penuaan pramatang, kedutan pada kulit, pengerasan dinding arteri, pembentukan katarak, pengerasan sendi, peningkatan kolestrol LDL, kanser dan sebagainya.

Pendedahan terhadap radikal bebas akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Sel-sel tubuh yang telah diserang radikal bebas berisiko untuk rodak atau terjadi pertumbuhan abnormal yang seterusnya boleh mengakibatkan KANSER.

Tahukah anda hampir semua penyakit adalah disebabkan oleh Radikal Bebas.

Untuk mencegah radikal bebas menyerang sel kita adalah sukar. Tapi ini tidak bermakna kita tidak boleh menghalang radikal-radikal bebas ini dari terus merosakkan sel. Berdasarkan contoh di atas, pengambilan supplement antioksidan dapat menyekat aktiviti radikal bebas ini.

Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya layak mendapat konsultasi khas secara percuma.

Pertanyaan Lanjut:

Siti Nurhidayah binti Salam
Shaklee ID: 883545
Facebook : Siti Nurhidayah
Email : umie.imans@gmail.com
SMS/WhatsApp: +6019 745 6954
Blog : Umie Iman Shoppe

Kenapa Pro-Vitamin A (Beta-Cerotene)

 

Dulu Vitamin A Shaklee dipanggil Beta-Carotene, kemudian nama barunya CarotoMax (formulanya sudah diimprove). Vitamin A Shaklee bukan dalam bentuk Vitamin A, ianya dalam bentuk Pro-Vitamin A, maksudnya ia hanya ditukarkan kepada Vitamin A apabila diperlukan. Kalau badan tak pakai, ia akan dibuang oleh tubuh kita, jadi tiada istilah jadi racun bila berlebihan dalam badan yer.


Jika Vitamin A tidak diperlukan oleh tubuh, ia akan kekal dalam bentuk Pro-Vitamin A..dan Pro-Vitamin A tidak berbahaya kerana kandungan toksiknya jauh lebih rendah dari performed Vita-A (retinol).. sbb tu kalau nak pilih Vitamin A pastikan ianya dalam bentuk Pro-Vitamin A (Beta-Cerotena).

Apa yang bagus lagi tentang Beta-Cerotene or Pro-Vitamin A ni selain untuk mata:
  • Ia diakatakan berfungsi untuk prevent sesetengah kanser (Anti-oxidant)
  • Menurunkan kolestrol jahat
  • Sangat berkesan meningkatkan function T-cell (immune system)
  • Salah satu faktor yang mengurangkan risiko penyakit jantung

Info lanjut dan order, boleh hubungi saya;

Siti Nurhidayah Salam [Hidayah]
Shaklee ID: 883545
SMS|WhatsApp: 0197456954
Emel: umie.imans@gmail.com
PM Facebook: Siti Nurhidayah

Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya layak mendapat konsultasi khas secara percuma.

Pertanyaan Lanjut:

Siti Nurhidayah binti Salam
Shaklee ID: 883545
Facebook : Siti Nurhidayah
Email : umie.imans@gmail.com
SMS/WhatsApp: +6019 745 6954
Blog : Umie Iman Shoppe

SENARAI PRODUK dalam SIJIL HALAL SHAKLEE 2013

Sijil HALAL SHAKLEE 2013

Alhamdulillah, Sijil HALAL terbaru Shaklee telahpun dikeluarkan di laman web SHAKLEE Malaysia. Untuk pengetahuan anda, produk yang tersenarai di dalam sijil HALAL ini ialah produk yang dipasarkan oleh Shaklee (M) sahaja, dan tidak semua produk Shaklee worldwide ada dijual di Malaysia, meskipun anda boleh menjumpainya di negara jiran, Singapura.

Pengiktirafan HALAL SHAKLEE dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA) yang telah diiktiraf oleh JAKIM.

Oleh sebab itu, anda tidak perlu rasa was-was lagi dengan produk Shaklee dan boleh menggunakannya dengan senang hati tanpa ragu-ragu. Saya juga tidak akan menjadi pengedar dan pengguna Shaklee jika ianya tidak halal.

Anda juga boleh merujuk kepada JAKIM samada ISA diiktiraf atau tidak. Boleh rujuk di sini, Senarai Badan Islam yang Diiktiraf (No. 56).

Rasulullah S.A.W mengingatkan umatnya supaya sentiasa berhati-hati dalam perkara berkaitan makanan dan minuman yang diambil. Hadith daripada Nukman Basyir r.a, katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A,W bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu adalah sesuatu yang nyata dan demikian juga yang haram adalah nyata (telah dijelaskan oleh Allah dan Rasul-Nya) namun terdapat diantara kedua-duanya (halal dan haram) itu perkara yang kesamaran (syubhat) yang mana tidak diketahui oleh ramai dikalangan manusia. Maka barang siapa yang memelihara dirinya daripada mengambil perkara-perkara yang syubhat, maka terpeliharalah agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang melibatkan diri pada perkara-perkara syubhat bererti ia melibatkan dirinya pada perkara yang haram"
(Riwayat Bukhari)

"Wahai sekalian manusia!, makanlah daripada apa saja yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu."
(Al-Baqarah: 168)


Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya layak mendapat konsultasi khas secara percuma.

Pertanyaan Lanjut:

Siti Nurhidayah binti Salam
Shaklee ID: 883545
Facebook : Siti Nurhidayah
Email : umie.imans@gmail.com
SMS/WhatsApp: +6019 745 6954
Blog : Umie Iman Shoppe

Carotomax : Vitamin untuk Mata & Kanser

Kita tambah lagi ilmu tentang Carotomax...

Perlindungan Sel-Sel dari Dalam*

Setiap hari, sel-sel di dalam badan anda diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. Apakah yang boleh membantu? Jawapannya ialah Anti-Oksida. Anti-Oksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.

Perlindungan Menyeluruh dan Berkesan

Perlindungan Anti-Oksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan Anti-Oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukkan kerotin secara semulajadi. "CAROTOMAX menyalurkan lima daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

5 Jenis Karotenoid yang Paling Berkhasiat
  • Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8mg setiap hari. Manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
  • Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostat dan serviks secara khasnya.
  • Menguatkan sistem imun.*
  • Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.
  • Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold. Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan:
  • Beta-Karotena sama dengan 102 biji Pisang
  • Lycopena sama dengan 714 biji Aprikot
  • Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 biji Pink Grapefruit (Limau Gedang)
  • Alpha Karotein sama dengan 89 biji Raspberi
  • Astaxanthin sama dengan 1 potong Ikan Salmon

Manfaat Kandungan CarotoMax



Info lanjut dan order, boleh hubungi saya;

Siti Nurhidayah Salam [Hidayah]
Shaklee ID: 883545
SMS|WhatsApp: 0197456954
Emel: umie.imans@gmail.com
PM Facebook: Siti Nurhidayah
Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya layak mendapat konsultasi khas secara percuma.

Pertanyaan Lanjut:

Siti Nurhidayah binti Salam
Shaklee ID: 883545
Facebook : Siti Nurhidayah
Email : umie.imans@gmail.com
SMS/WhatsApp: +6019 745 6954
Blog : Umie Iman Shoppe

Carotomax - Lebih Dari Sekadar Vitamin A

Kepentingan Vitamin A dengan Kesihatan Mata

Kita sedia maklum, kalau cakap bab mata & rabun je, mesti makanan terlintas dekat otak Carrot. Sebab mak selalu pesan masa kecik-kecik dulu 'makan carrot banyak2, bagus utk mata, mata tak rabun'. Tapi saya makan carrot rabun juga.

Tapi memang tak dapat dinafikan yang carrot memang bagus untuk mata & banyak Vitamin A, tapi jangan sampai terlebih makan pulak ye. Kalau terlebih makan, akan menyebabkan kulit kita berwarna kekuningan, bebola mata kita yang putih pun akan bertukar kekuningan. Yang paling bahaya, jika kita terlebih makan Vitamin A ni, ianya akan jadi toksik dalam badan.

Bagaimana Vitamin A membantu dalam penglihatan?

Vitamin A membantu penglihatan dalam 3 cara utama, iaitu:
  • Membantu mencegah rabun malam (night blindness)
  • Membantu mencegah katarak (seperti Vitamin C)
  • Membantu untuk mengekalkan penglihatan

Hmmm....kalau saya tahu saya makan consume dari dulu lagi... Mencegahkan lebih baik dari mengubat..Cara terbaik untuk MENCEGAH rabun malam dan katarak ni ialah dengan makan makanan yang kaya dengan karotenoid.. TERUTAMANYA makanan yang kaya dengan beta-karoten.. Kenapa? Kerana kuasa antioksidan beta-karoten ni mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia merosakkan kanta mata kita...



Fungsi Beta-Karoten:
  1. Bantu pertumbuhan dan memulih sel-sel badan.
  2. Kekalkan penglihatan malam - rabun malam.
  3. Kekalkan kesihatan kulit dan selaput membran seluruh badan - mata hitam, penghadaman.
  4. Bertindak sebagai antioksidan, cegah kanser.
  5. Menyokong fungsi kuatkan sistem pertahanan badan
  6. Bantu cegah masalah asma dan paru-paru.
  7. Bantu cegah pembentukan ketumbuhan 'tumor'
  8. Menyokong fungsi pertumbuhan dan pembiakan.

Khasiat Beta-Karoten:
  1. Awet muda
  2. Rabun malam
  3. Gastrik
  4. Masalah kulit
  5. Lelah
  6. Jeragat

Info lanjut dan order, boleh hubungi saya;

Siti Nurhidayah Salam [Hidayah]
Shaklee ID: 883545
SMS|WhatsApp: 0197456954
Emel: umie.imans@gmail.com
PM Facebook: Siti Nurhidayah
Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya layak mendapat konsultasi khas secara percuma.

Pertanyaan Lanjut:

Siti Nurhidayah binti Salam
Shaklee ID: 883545
Facebook : Siti Nurhidayah
Email : umie.imans@gmail.com
SMS/WhatsApp: +6019 745 6954
Blog : Umie Iman Shoppe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...