Sekarang ni banyak sangat syarikat2 yang keluarkan supplement sebagai vitamin tambahan untuk badan kita. Terpulang pada tindakan diri kita sendiri untuk membelinya atau tidak. Anda juga mesti tertanya2 kenapa diorang ni semua keluarkan suplement2 ni. Penting ke?
Saya tertarik dengan artikel dr blog MamaFaiz mengenai kepentingan supplement. Jom baca 7 sebab ni:
Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar
- Dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan di dalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, sejenis bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser. Bagaimana pula dengan cat rumah! Asap ROKOK! ASAP Kenderaan! Jika disenaraikan semua puncanya, nanti ada pula yang memakai sut pelindung dan berkurung di dalam rumah.
Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien
- Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan meningkatkan imun sistem seperti vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat crucial (penting) bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru. Untuk ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yang diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan.
- Manusia lazim memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang anda nampak lazat dan fresh itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat di pasaraya kini diselaputi dengan racun seranggayang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas digunakan. Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK.
- waktu bekerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir seawal jam 5 petang (8 jam waktu bekerja dan 1 jam waktu rehat). Namun apa yang jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7 bersesak di dalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang pula sehingga lewat jam 9...tiba di rumah setelah bersesak jam 10 malam...WOW!!
Bersesak dalam LRT = STRESS
Jalan Jammed = STRESS
Kerja banyak = STRESS
STRESS --> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE! Bila pulang jam 10, kemudian anda semua dinner? hehehe...Inilah punca ramai yang perut boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah dengan supper di Uptown / Downtown.
Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan kolestrol = BOROI
Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan...jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yang masih muda.
Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera rasa
- Nasi lemak lazimnya dimakan diwaktu pagi untuk dijadikan santapan sarapan pagi. Namun kerana kelazatannya dan lemaknya nasi itu, ia kini dinikmati tidak kira masanya. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh dapatkan 24 jam terutama di kedai2 mamak. Fast food pula kini menjadi budaya rakyat Malaysia. Jika dulu susah nak cari Fast Food, sekarang kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan...SEDAP dan CEPAT! Bagi yang membesar di Melaka atau Negeri Sembilan, masakan berbasekan santan adalah suatu kemestian. Pertambahan kalori amatlah mudah ya, manakala untuk membakarnya pula mengambil masa yang lama dan bergantung pula aktiviti apa yang dilakukan.
Gangguan Penyerapan Nutrisi daripada Makanan
- Anda penggemar makanan/minuman berkaffein? Tahukah anda Kaffein boleh menghalang penyerapan Vitamin D dan Kalsium ke dalam tubuh? Ia juga turut mengganggu penyerapan beberapa nutrien penting dalam tubuh.
- Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut? Bahan-bahan segar dari ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai di rumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi... sayuran dipotong dan terdedah akan menyebabkan pengoksidaan vitamin C - hilang nutrisi lagi...cara memasak? menggoreng? memasak terlalu lama? jadi apa pula yang tinggal ya?
**********************************************
Itu dia antara sebab-sebab yang perlu anda pertimbangkan. Bagi saya, saya dah memilih yang terbaik...supplement dari jenama Shaklee, 50 tahun menjadi perintis di dunia pasaran suplement...
Anda bagaimana? Berminat? Hubungi saya CEPAT untuk dapatkan TIPS & HARGA TERBAIK untuk anda... :)



0 comments:
Post a Comment